Pada pagi ini, satu mesyuarat telah dibuat untuk membincangkan tentang projek VC, saya telah diberi tugas oleh penyelia saya iaitu Encik Indera dalam menyiapkan rekabentuk slide powerpoint untuk projek VC iaitu Profesor Datuk Dr.Asma Ismail, Fasc. Seperti didalam perbincangan di dalam mesyuarat, slide dibahagikan kepada 3 sektor dan untuk pelajar dibawah jagaan Encik Indera, kami telah diberikan sektor yang pertama untuk mengemaskini dan merekabentuk slide VC tersebut. Pada malamnya, saya dan rakan-rakan telah ditugaskan oleh Encik Anwar untuk memasang empat bunting di simpang masjid USM, bulatan berdekatan Subaidah USM, simpang Desasiswa Fajar Harapan, USM dan simpang pusat Ko-kurikulum USM.
0 Comments
Pada hari ini, saya telah mendapat tugasan oleh Encik Saiful untuk merekabentuk membership card untuk Creative Design House, Universiti Sains Malaysia. Untuk kad tersebut telah saya hasilkan beberapa rekabentuk dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. Pada hari ini juga saya telah berjumpa dengan Encik Indera untuk menunjukkan tiga hasil lakaran pembungkusan yang telah saya siapkan pada hari sebelumnya untuk dipilih idea tersebut sebelum mendapat tugasan yang seterusnya dan daripada ketiga-tiga idea yang telah saya persembahkan, saya dikehendaki untuk membuat satu mock-up dari lakaran tersebut mengikut saiz dan bahan yang sebenar.
Pada hari ini, saya telah berjumpa dengan supervisor saya untuk menunjukkan hasil kerja pembungkusan yang pernah saya lakukan untuk subjek universiti iaitu pembungkusan untuk madu kelulut. Selepas sesi tersebut, Encik Indera telah berikan kami satu tugasan berkaitan dengan teknik pembungkusan. Saya telah ditugaskan untuk menghasilkan pembungkusan yang mengikut bahan yang telah saya pilih iaitu pasu ( buyong ) dan konsep yang telah diberikan adalah tradisional tetapi harus dimodenkan. Selepas mendapat penerangan secara ringkas daripada Encik Indera iaitu penerangan tentang pembungkussan dari segi keselamatan, ketahanan dan kesesuaian untuk sesuatu produk yang telah dipilih, saya telah menghasilkan beberapa lakaran pembungkusan dalam mencari idea yang sesuai untuk produk yang telah saya pilih.
Kami diminta untuk merekabentuk t-shirt untuk pelajar, staf dan pembeli baju Universiti Sains Malaysia. 6 rekabentuk telah direka mengikut kesesuaian dan mengikut citarasa pelajar masa kini. Dalam masa yang sama, ia dapat membantu dalam mempromosikan CDH dan juga USM. Saya juga perlu merekabentuk cenderamata untuk mempromosikan CDH seperti pada buku, pen, gelas dan pelbagai lagi mengikut kehendak masing-masing. Selain itu saya juga perlu menghasilkan brochure yang menarik seperti pop-up. Saya juga perlu merekabentuk slide perbentangan. Setiap slide, memerlukan tiga jenis paparan iaitu muka depan, isi, dan penutup. Pada hari ini, saya telah menyiapkan beberapa rekabentuk pada baju T-Shirt yang hanya menggunakan tulisan dalam mempromosikan USM dan CDH.
Pada hari ini, kami diberi peluang untuk menyertai penggambaran Naib Canselor USM iaitu Professor Datuk Doktor Asma Binti Ismail. Kami diminta untuk menyusun atur peralatan penggambaran untuk memulakan sesi tersebut. Dalam masa yang sama, kami dapat pelajari benda baru dalam melaksanakan tugasan tersebut iaitu cara untuk memahami kehendak klien. Dalam merealisasikan program Perutusan Naib Canselor 2017 : Mengglobalisasikan Universiti Sains Malaysia yang dihadiri oleh Professor Datuk Dr. Asma Ismail, FASc, kami telah diberikan tugasan oleh Encik Anwar untuk menghebahkan aktiviti tersebut kepada kumpulan sasaran untuk perutusan program itu. Oleh yang demikian, saya telah merekabentuk banner yang berukuran 5'' x 13'' yang menggunakan konsep minimalis tetapi masih dalam skop formaliti dan juga penggunaan warna selari dengan identiti Universiti Sains Malaysia ( Jingga, Putih dan Ungu ).
Sesi fotografi bersama staff CDH dan ahli-ahli pelajar praktikal dalam menghasilkan gambar korporat. Sesi ini diadakan bertujuan untuk mengambil gambar korporat pelajar praktikal untuk dimasukkan ke dalam laman web CDH serta kegunaan syarikat tersebut. Dalam masa yang sama, saya mempelajari teknik-teknik yang perlu ada sebagai juru gambar dan juga mempelajari serba sedikit tentang pencahayaan yang sesuai mengikut persekitaran. INTRODUCTION Creative Design House is a house of creative people such as Graphic Designers, Multimedia Designers, Product Designers, Creative Directors and Industrial Specialists who are successful in turning insights into action. In addition to our core members, every innovation team includes CDH experts hand-picked from specific categories. Our method: strategically challenging, questioning and breaking category conventions in order to offer entirely new value propositions, fulfill unmet customer desires, and generate new ones. Clients use our services to push innovation in a number of areas, from new concept development to extending brands into entirely new markets. The results are not just creative ideas but rigorous ones, tested to ensure they are as practical as they are groundbreaking. These are insights that produce change-not for change’s sake, but for business growth. Creative Design House (CDH) comprises of two design officies stationed at Universiti Sains Malaysia Main Campus, Penang, Malaysia and Universiti Sains Malaysia Health Campus, Kelantan, Malaysia. They boast several years of brand redefining experience specialising in a diverse array of fields including corporate logo design, graphic design, advertising design, image design on transportation, consumer product design, packaging design, interior design, exterior design, exhibition design, signage design and further areas of designing. The CDH Director, Prof. Dr. Azizi Bahauddin and the team, possess a strong ability to interpret and enhance brand equity by providing exciting fresh, new design solutions and focusing on innovation and visual distinction as means to achieve success and profitability. CDH is well versed in every aspect of the professional design process from the research aspect to overseeing product development and manufacturing; these have been proven in variety of high-profile projects such as creating unique and exclusive trophies for Anugerah Tokoh Siswa 2014 organised by Kementerian Pengajian Tinggi; creating more exclusive logo branding for USM the research products and packaging; and CDH various examples of creative potentials and versatility as well as various publicationdesign for competitions like "Anugerah Akademik Negara" (AAN), "Anugerah Inovasi Negara" (AIN), ect. assisting in a lot of award winning competitions. The combination of design competencies described and with the CDH featuring local and international background experience makes it a truly dynamic fusion of vibrant influences and creative talents that can result in worthy design progression and accelerated growth suitable for brands and/or products. Pada hari pertama, kami telah menjalani sesi pengenalan kepada Creative Design House, Universiti Sains Malaysia. Sesi taklimat dijalankan oleh Pengurus Operasi & Ketua Rekabentuk, En Saiful Haizad Ahamad Jainid dan En Azeem Ab. Wahab. Sesi pengenalan tersebut dihadiri juga oleh Ketua Pengarah Creative Design House, Prof Azizi Bahauddin dan pada masa yang sama tugasan yang pertama telah diberikan iaitu dikehendaki merekabentuk poster dan banner. Pada hari pertama tersebut, saya telah diberi tugasan untuk merekabentuk poster dan banner untuk satu karnival. Universiti Sains Malaysia yang berkolaborasi dengan Kementerian Pendidikan Tinggi, Soaring Upwards dan Jabatan Pendidikan Tinggi akan mengadakan Karnival Pendidikan Tinggi Negara pada setiap tahun bagi menggalakkan masyarakat menghadiri karnival tersebut untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai kampus yang terlibat dalam karnival tersebut.
Demi menyampaikan hebahan tersebut, maka saya telah ditugaskan untuk merekabentuk poster yang berukuran 5'' x 11'' dan banner yang berukuran 2'' x 9 ''. Warna jingga telah dipilih kerana emosi warna tersebut memberi semangat kepada penonton. |
NUR SYAMIMI BAKRIOn 1st February 2017, I started my internship at Creative Design House (CDH) In Universiti Sains Malaysia, Penang Archives
May 2017
Categories |