Saya telah menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan dan aturcara program tersebut adalah daripada CDH. Program tersebut merupakan program Siri Syarahan Umum Perlantikkan Profesor yang diberikan oleh Profesor Aldrin Abdullah dan juga Profesor Azizi Bahauddin. Program ini bertempat di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
0 Comments
Saya telah menghadiri satu rehearsal bagi program yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (HBP). Program ini juga merupakan program dibawah CDH kerana program yang dianjurkan melibatkan Ketua Pengarah CDH iaitu Profesor Azizi Bahauddin. Melalui program ini, saya belajar untuk menguruskan sesuatu majlis dengan lebih tersusun melalui pemerhatian saya terhadap birokrasi yang terlibat dimana mereka perlu mamastikan kesemua yang perlu ada dan perlu disediakan dalam keadaan sempurna dan lancar. Saya telah mendapat tugasan untuk merekabentuk logo APUCEN SUMMIT bagi tahun 2017 untuk kali ke-3 program. Untuk rekabentuk ini, saya menerapkan warna yang sama mengikut logo yang sedia ada. Warna yang saya gunakan juga berdasarkan warna logo asli iaitu APUCEN iaitu ungu.
Menghadiri Kursus Asas Pembungkusan Kreatif yang diketua oleh penyelia kami iaitu Encik Muhammad Indera Azhar, Pereka Grafik dari Syarikat Creative Design House bertempat di dalam CDH ini tersendiri. Permulaan kursus tersebut kami didedahkan dengan penerangan mengenai sejarah dan asal usul teknik pembungkusan dan definisi pembungkusan. Beliau juga memberi penerangan tentang kegunaan pebungkusan seperti fungsi, material, dan jenis-jenis teknik pembungkusan yang sesuai untuk sesuatu produk. Dalam masa yang sama, kami diberi peluang untuk melihat dan merasa ( sentuh ) sendiri pembungkusan yang sedia ada yang dipamerkan dalam kursus tersebut. Ini kerana untuk mengetahui tentang jenis-jenis bahan yang digunakan untuk produk yang tertentu. Terdapat pelbagai jenis pembungkusan yang dipamerkan seperti berlainan jenis kertas dan plastik pembungkusan dan juga mendapat penerangan tentang jenis-jenis pembungkusan tersebut. Setelah selesai sesi perbentangan mengenai kesemua pembungkusan, kami telah diberikan satu latihan secara berkumpulan iaitu dikehendaki untuk merekabentuk, menganalisis dan mengeluarkan idea yang baru selepas diberi peluang dalam memilih produk yang telah disyorkan. Masa yang telah diberikan dalam mencari idea dan menyelesaikan masalah untuk pembungkusan produk tersebut selama sejam dan perbentangan akan dijalanakan selepas selesai waktu rehat tengahari. Perbentangan tersebut juga dilakukan secara berkumpulan dan sesi soal jawab, kritikan dan cadangan telah dijalankan dalam membantu dalam proses penambahbaikan idea tersebut. Saya perlu menghasilkan rekabentuk untuk baju yang telah diberikan. Rekabentuk tersebut berdasarkan kreativiti masing-masing tetapi masih menggunakan logo CDH. Saya telah menghasilkan t-shirt USM yang bertemakan tarikh penubuhan USM itu sendiri iaitu pada 19691untuk dicopkan atas baju yang berwarna 'blueblack'. Sepanjang proses menghasilkan tersebut, saya telah mempelajari tentang langkah-langkah dalam menghasilkan t-shirt tersebut menggunakan mesin yang tersedia. Seterusnya, saya menampalkan cetakan tersebut pada heatpress transfer paper untuk dilekatkan pada t-shirt. Saya diberi tugasan untuk menghasilkan rekabentuk logo tersendiri pada t-shirt. Saya telah diberi 3 baju t-shirt secara percuma oleh staf CDH. Pemilihan warna baju juga bebas mengikut warna kegemaran masing-masing. Sesesuaian rekabentuk logo bergantung kepada warna baju yang dipilih. Terdapat sehelai baju yang telah ditetapkan warna dan logonya kepada semua staf dan pelajar latihan industri supaya seragam dipakai untuk sesuatu program. Baju tersebut berwarna biru tua (blue black) mempunyai rekabentuk yang telah ditetapkan. Semasa pemilhan baju tersebut, kami juga didedahkan dengan beberapa perkara iaitu teknik untuk percetakan pada baju iaitu melalui cara penampalan sticker dan juga teknik silksreen. Untuk penghasilan logo, saya menggunakan logo asal CDH dan mengubah rekaletak mengikut kesesuaian dan keinginan saya tersendiri. Saya telah merekabentuk beberapa logo untuk dipadankan dengan warna baju yang telah saya pilih. |
NUR SYAMIMI BAKRIOn 1st February 2017, I started my internship at Creative Design House (CDH) In Universiti Sains Malaysia, Penang Archives
May 2017
Categories |