Pada hari ini, kami diberi peluang untuk menyertai penggambaran Naib Canselor USM iaitu Professor Datuk Doktor Asma Binti Ismail. Kami diminta untuk menyusun atur peralatan penggambaran untuk memulakan sesi tersebut. Dalam masa yang sama, kami dapat pelajari benda baru dalam melaksanakan tugasan tersebut iaitu cara untuk memahami kehendak klien. Dalam merealisasikan program Perutusan Naib Canselor 2017 : Mengglobalisasikan Universiti Sains Malaysia yang dihadiri oleh Professor Datuk Dr. Asma Ismail, FASc, kami telah diberikan tugasan oleh Encik Anwar untuk menghebahkan aktiviti tersebut kepada kumpulan sasaran untuk perutusan program itu. Oleh yang demikian, saya telah merekabentuk banner yang berukuran 5'' x 13'' yang menggunakan konsep minimalis tetapi masih dalam skop formaliti dan juga penggunaan warna selari dengan identiti Universiti Sains Malaysia ( Jingga, Putih dan Ungu ).
0 Comments
Leave a Reply. |
NUR SYAMIMI BAKRIOn 1st February 2017, I started my internship at Creative Design House (CDH) In Universiti Sains Malaysia, Penang Archives
May 2017
Categories |