Pada hari ini, saya dikehendaki merekabentuk streamers yang telah diterangkan pada hari sebelumnya, ini bertujuan dalam mempromosikan CDH. Saya perlu menghasilkan tujuh streamers iaitu teras dan fungsi kerja CDH, welcoming streamer CDH, streamer certified training on CDH, streamer digital media event, streamer event & promotional design, streamer branding & marketing dan streamer on printing services. Untuk hari ini, saya sempat menyiapkan 3 streamers dari tujuh tajuk yang diberikan. Pada hari ini juga, saya membantu dalam proses melipat dan menyusun brochure mengenai Siri Syarahan Umum Pelantikkan Profesor oleh Pusat Pengajian Rumah, Pembangunan dan Perancangan, USM. Di samping itu, saya juga mempelajari serba sedikit mengenai penggunaan jenis - jenis kertas. Kertas yang digunakan dalam menghasilkan brochure ini adalah kertas jenis tekap atau tracing paper. Pada hari ini, saya merekabentuk semula t-shirt untuk CDH dari segi warna, penggunaan tipografi dan rekaletak selepas mendapat kritikan dan pandangan daripada staf CDH. Saya juga memperkemaskan semula t-shirt yang terpilih bagi penambahbaikan t-shirt tersebut. Saya telah menghadiri satu perjumpaan atau meeting CDH yang diketuai oleh Pengarah CDH iaitu Prof. Azizi pada jam 11.00 pagi. Perjumpaan tersebut dihadiri oleh semua ahli atau pekerja CDH termasuk juga pelajar praktikal. Perjumpaan tersebut diadalan untuk membentangkan mengenai projek - projek yang telah dilakukan sepanjang bulan Februari 2017 serta untuk mengetai status perjalanan atau perkembangan projek yang telah dilakukan. Pada jam 2.30 petang pula, En. Saiful Haizad iaitu pengurus operasi membuat pengumuman berkenaan dengan Laporan Latihan Industri pelajar praktikal. Beliau memanggil seorang demi seorang untuk ke pejabat beliau membincangkan dan juga untuk melihat serta memeriksa dan membuat pembetulan weblog. Setelah menganalisa weblog yang saya hasilkan, saya perlu membuat pembetulan dari segi penggunaan warna, gambar, teks dan juga butang tekan weblog saya supaya kelihatan lebih tersusun dan menarik. Saya dikehendaki merekabentuk sticker dan juga streamer untuk Ligno - X Coolant. Ligno - X Coolant ini dihasilkan oleh Kumpulan Kaji Lignocellulosic, Pusat Pengajian Sains Kimia, USM. Rekabentuk ini dihasilkan untuk memperkenalkan produk hasil kajian daripada pelajar USM. Saya juga diminta untuk membantu rakan-rakan yang lain dalam proses melipat pembungkususan souvenirs sebanyak 100 keping. Saya telah menyiapkan satu rekabentuk brochure CDH. Brochure tersebut direka untuk menyampaikan maklumat mengenai CDH seperti latar belakang, misi, visi dan nilai, servis yang ditawarkan, hasil kerja dan juga informasi seperti nombor telefon, alamat dan email. Brochure yang direka bersaiz B5 didalam bentuk potret. Brochure tersebut boleh dilipat kepada 3 bahagian dan saya menerapkan gaya pop-up. melalui nama syarikat CDH. Selepas itu, saya telah diminta untuk melipat 100 pembungkusan souvenirs. Melalui kerja tersebut, saya belajar untuk mengetahui saiz, bentuk pembungkusan serta jenis - jenis kertas yang boleh digunakan dalam pembungkusan. Saya telah menyiapkan kelima - lima rekabentuk slide perbentangan yang telah diberikan. Dari segi penggunaan warna, saya banyak mengutamakan warna ungu dan juga oren walaupun tidak menunjukkan bahawa rekaan slide ini adalah formal dan terhad untuk kegunaan USM sahaja kerana objektif rekaan slide ini adalah untuk tidak kelihatan terlalu formal untuk USM sahaja.
Saya juga telah menyusun semua kerja - kerja yang diberikan kepada saya agar ia kelihatan kemas dan tersusun. Kesemua kerja - kerja yang telah diberikan kepada saya juga perlu saya serahkan untuk dicetak dalam saiz A4 untuk disemak oleh pengarah CDH. Saya telah mendapat tugasan untuk menghasilkan rekabentuk sijil penghargaan dan sijil kehadiran. Sijil ini direka adalah untuk menghasilkan template sijil CDH sendiri. Setiap sijil memerlukan tiga jenis rekabentuk yang berlainan dan untuk penghasilan sijil ini juga, kami diberi kebebasan dalam merekabentuk sijil-sijil tersebut. Pada pagi ini, saya telah menghadiri majlis Perutusan Naib Canselor 2017 yang bertajuk Mengatasi Bersama Kesan Tsunami Globalisasi Gaya USM. Majlis ini berlangsung di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP). Di samping itu juga, majlis tersebut juga menayangkan video 'happy' oleh Pharell Will yang dilakonkan semula oleh kami, para pelajar dan juga staf USM lain. Dalam video tersebut, terdapat slot video yang kami lakonkan. Saya telah diberi tugasan untuk merekabentuk tiga poster. Saya perlu memberi tiga cadangan rekabentuk poster bersaiz A3. Poster yang perlu saya reka adalah mengenai persaraan staf Perpustakaan Hamzah Sendut 2017.
|
NUR SYAMIMI BAKRIOn 1st February 2017, I started my internship at Creative Design House (CDH) In Universiti Sains Malaysia, Penang Archives
May 2017
Categories |