Pada hari ini, saya merekabentuk semula t-shirt untuk CDH dari segi warna, penggunaan tipografi dan rekaletak selepas mendapat kritikan dan pandangan daripada staf CDH. Saya juga memperkemaskan semula t-shirt yang terpilih bagi penambahbaikan t-shirt tersebut. Saya telah menghadiri satu perjumpaan atau meeting CDH yang diketuai oleh Pengarah CDH iaitu Prof. Azizi pada jam 11.00 pagi. Perjumpaan tersebut dihadiri oleh semua ahli atau pekerja CDH termasuk juga pelajar praktikal. Perjumpaan tersebut diadalan untuk membentangkan mengenai projek - projek yang telah dilakukan sepanjang bulan Februari 2017 serta untuk mengetai status perjalanan atau perkembangan projek yang telah dilakukan. Pada jam 2.30 petang pula, En. Saiful Haizad iaitu pengurus operasi membuat pengumuman berkenaan dengan Laporan Latihan Industri pelajar praktikal. Beliau memanggil seorang demi seorang untuk ke pejabat beliau membincangkan dan juga untuk melihat serta memeriksa dan membuat pembetulan weblog. Setelah menganalisa weblog yang saya hasilkan, saya perlu membuat pembetulan dari segi penggunaan warna, gambar, teks dan juga butang tekan weblog saya supaya kelihatan lebih tersusun dan menarik.
0 Comments
Leave a Reply. |
NUR SYAMIMI BAKRIOn 1st February 2017, I started my internship at Creative Design House (CDH) In Universiti Sains Malaysia, Penang Archives
May 2017
Categories |