Saya diberi tugasan untuk menghasilkan rekabentuk logo tersendiri pada t-shirt. Saya telah diberi 3 baju t-shirt secara percuma oleh staf CDH. Pemilihan warna baju juga bebas mengikut warna kegemaran masing-masing. Sesesuaian rekabentuk logo bergantung kepada warna baju yang dipilih. Terdapat sehelai baju yang telah ditetapkan warna dan logonya kepada semua staf dan pelajar latihan industri supaya seragam dipakai untuk sesuatu program. Baju tersebut berwarna biru tua (blue black) mempunyai rekabentuk yang telah ditetapkan. Semasa pemilhan baju tersebut, kami juga didedahkan dengan beberapa perkara iaitu teknik untuk percetakan pada baju iaitu melalui cara penampalan sticker dan juga teknik silksreen. Untuk penghasilan logo, saya menggunakan logo asal CDH dan mengubah rekaletak mengikut kesesuaian dan keinginan saya tersendiri. Saya telah merekabentuk beberapa logo untuk dipadankan dengan warna baju yang telah saya pilih.
0 Comments
Leave a Reply. |
NUR SYAMIMI BAKRIOn 1st February 2017, I started my internship at Creative Design House (CDH) In Universiti Sains Malaysia, Penang Archives
May 2017
Categories |