Kami diminta untuk merekabentuk t-shirt untuk pelajar, staf dan pembeli baju Universiti Sains Malaysia. 6 rekabentuk telah direka mengikut kesesuaian dan mengikut citarasa pelajar masa kini. Dalam masa yang sama, ia dapat membantu dalam mempromosikan CDH dan juga USM. Saya juga perlu merekabentuk cenderamata untuk mempromosikan CDH seperti pada buku, pen, gelas dan pelbagai lagi mengikut kehendak masing-masing. Selain itu saya juga perlu menghasilkan brochure yang menarik seperti pop-up. Saya juga perlu merekabentuk slide perbentangan. Setiap slide, memerlukan tiga jenis paparan iaitu muka depan, isi, dan penutup. Pada hari ini, saya telah menyiapkan beberapa rekabentuk pada baju T-Shirt yang hanya menggunakan tulisan dalam mempromosikan USM dan CDH.
0 Comments
Leave a Reply. |
NUR SYAMIMI BAKRIOn 1st February 2017, I started my internship at Creative Design House (CDH) In Universiti Sains Malaysia, Penang Archives
May 2017
Categories |