Menghadiri Kursus Asas Pembungkusan Kreatif yang diketua oleh penyelia kami iaitu Encik Muhammad Indera Azhar, Pereka Grafik dari Syarikat Creative Design House bertempat di dalam CDH ini tersendiri. Permulaan kursus tersebut kami didedahkan dengan penerangan mengenai sejarah dan asal usul teknik pembungkusan dan definisi pembungkusan. Beliau juga memberi penerangan tentang kegunaan pebungkusan seperti fungsi, material, dan jenis-jenis teknik pembungkusan yang sesuai untuk sesuatu produk. Dalam masa yang sama, kami diberi peluang untuk melihat dan merasa ( sentuh ) sendiri pembungkusan yang sedia ada yang dipamerkan dalam kursus tersebut. Ini kerana untuk mengetahui tentang jenis-jenis bahan yang digunakan untuk produk yang tertentu. Terdapat pelbagai jenis pembungkusan yang dipamerkan seperti berlainan jenis kertas dan plastik pembungkusan dan juga mendapat penerangan tentang jenis-jenis pembungkusan tersebut. Setelah selesai sesi perbentangan mengenai kesemua pembungkusan, kami telah diberikan satu latihan secara berkumpulan iaitu dikehendaki untuk merekabentuk, menganalisis dan mengeluarkan idea yang baru selepas diberi peluang dalam memilih produk yang telah disyorkan. Masa yang telah diberikan dalam mencari idea dan menyelesaikan masalah untuk pembungkusan produk tersebut selama sejam dan perbentangan akan dijalanakan selepas selesai waktu rehat tengahari. Perbentangan tersebut juga dilakukan secara berkumpulan dan sesi soal jawab, kritikan dan cadangan telah dijalankan dalam membantu dalam proses penambahbaikan idea tersebut.
0 Comments
Leave a Reply. |
NUR SYAMIMI BAKRIOn 1st February 2017, I started my internship at Creative Design House (CDH) In Universiti Sains Malaysia, Penang Archives
May 2017
Categories |